Showing posts with label speaker. Show all posts
Showing posts with label speaker. Show all posts

Rekabentuk speaker untuk Altec Lansing






Ini adalah rekabentuk speaker yang direkabentuk oleh saya.Saya telah masuk pertandingan rekabentuk yang dianjurkan oleh Designboom.Tapi banyak saingan daripada serata dunia jadi tidak tahulah samada berjaya atau tidak. Mungkin kebarangkalian nak berjaya agak kecil tapi yang penting saya dah cuba. Kalau nak sertai bolehlah layari http://www.designboom.com/
Speaker ni direkabentuk mempunyai butang tutup buka dan di bahagian depan speaker tu dilengkapi dengan lampu panjang.Ada lagi pertandingan yang lain cuma pertandingan merekabentuk speaker ini hampir tamat.
Lebih lanjut »

500 XL: Earbud Speaker


Anda mesti dapat bayangkan bagaimana sebuah earphone dibesarkan sebanyak 500 kali ganda. Lihat sahaja gambar diatas anda akan tahu betapa besarnya earphone ini dan tidak sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja. Sebenarnya alat ini adalah sebuah speaker yang direkabentuk seperti sebuah earphone. Jadi ia tidak sesuai diletakkan pada telinga anda. Speaker ini mempunyai plug sama seperti speaker yang lain. Ia juga dilengkapi dengan bateri untuk dibawa kemana-mana.


Sumber :Thinkgeek
Lebih lanjut »

I Logic Sound Hat(Penutup kepala I Logic)

Produk ini merupakan keluaran I logic yang mempunyai ciri-ciri seperti sebuah alat headphone yang ada di pasaran, cuma bentuk produk ini adalah seperti sebuah topi. Alat ini boleh dipakai dan boleh digunakan untuk mendengar lagu-lagu dan sebagainya apabila dipasang pada alat i-pod dan mp3. Jika anda memakai earphone, anda tidak akan berasa selesa, jadi dengan alat ini anda boleh bergaya disamping mendengar lagu kesukaan anda. Oleh kerana alat ini menutupi kesemua ruang pada kepala anda, kualiti bunyi yang dikeluarkan adalah mengkagumkan.

Sumber :7Gadgets
Lebih lanjut »