Showing posts with label Kereta Elektrik. Show all posts
Showing posts with label Kereta Elektrik. Show all posts

Kereta Elektrik Aptera



Kereta Elektrik Aptera ini bakal berada di atas jalan pada masa yang terdekat ini. Rekabentuk yang futuristik berbeza dengan kereta yang berada di atas jalan sekarang ini menjadi penarik pada masa hadapan.

Sumber :Geekologie
Lebih lanjut »

Kereta futuristik Insecta


Kereta konsep futuristik yang diberi nama Insecta ini merupakan sebuah kereta konsep yang mengambil rekabentuk daripada belalang. Perekanya Shao Yung Yeh merupakan graduan dari salah sebuah universiti di Taiwan menganggap kereta ini boleh disamakan dengan serangga. Setiap rekabentuk kereta ini mengambil contoh daripada serangga. Kereta ini menggunakan kuasa bateri dan ianya mesra alam serta lebih ringan. Kereta elektrik atau menggunakan kuasa bateri mungkin menjadi pilihan utama pada masa akan datang.

Sumber :Tuvie
Lebih lanjut »

Kereta Konsep Rally Mitsubishi futuristik 2025



Ini adalah kereta konsep rally Mitsubishi yang mungkin digunakan pada tahun 2025. Apa yang menariknya adalah pada setiap tayar kereta ini dilengkapi dengan enjin yang akan menggerakkan kereta ini. Dengan menggunakan enjin berkuasa elektrik, kereta ini mampu digunakan untuk kereta lumba rally pada masa akan datang. Selain itu, kereta konsep ini tidak mempunyai cermin depan dan tingkap. Oleh itu pemandu hanya menggunakan skrin dalaman untuk melihat apa yang berlaku di luar kereta ini.
Lebih lanjut »

Nissan NUVU-Kereta Konsep Elektrik


Kereta konsep daripada Nissan ini adalah kereta konsep yang menggunakan tenaga elektrik.Dengan menggunakan bateri ion Lithium, kereta ini dapat bergerak sehingga 75 mph atau 121 kmj dan bergerak sejauh 129 km. Dengan adanya kereta elektrik atau kereta solar, mungkin kereta berenjin petrol tidak lagi digunakan. Dengan minyak yang mahal, kereta elektrik atau solar menjadi pilihan. Tiada lagi pencemaran dan asap yang terhasil daripada enjin petrol yang telah menyumbangkan kepada peningkatan karbon monoksida di atmosfera bumi.
Lebih lanjut »