Showing posts with label Hasil Kerja. Show all posts
Showing posts with label Hasil Kerja. Show all posts

Hasil kerja Igarashi yang menakjubkan






Ini adalah kenderaan konsep yang telah direka oleh Igarashi. Rekabentuk yang unik dan persembahan yang menarik ini telah menyebabkan beberapa majalah daripada seluruh dunia menceritakan mengenai hasil kerja beliau. Model berbentuk 3d ini telah dihasilkan menggunakan perisian Cinema4d. Keadaan rupa rekabentuk yang terperinci menyebabkan rekaannya menjadi menarik. Jika ada antara anda yang berminat untuk mereka sesuatu rekabentuk seperti ni, cubalah mereka sesuatu yang baru dan unik seperti ini. Anda bakal menjadi popular dan kerja anda akan tersebar seluruh dunia. Apa yang penting adalah minat yang mendalam,kesabaran, dan membuat sesuatu dengan keikhlasan bukan hanya kerana duit.Anda pasti berjaya seperti Igarashi.

Igarashi Design
Lebih lanjut »

Rekabentuk motosikal berkuasa tinggi





Anda mungkin lebih meminati motosikal lebih-lebih lagi yang berkuasa tinggi. Walaupun saya tidak meminati motor bahkan tidak mempunyai kenderaan beroda dua ini, namun saya tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar rendering yang telah dihasilkan oleh Sabino ini. Motosikal berkuasa tinggi ini sering dikaitkan dengan maskulin, kelakian dan kekuatan. Mesin ini menjadi simbolik kepada kekuatan dan sifat maskulin walaupun jika difikirkan kembali hanyalah sekadar rekabentuk yang berjaya untuk disesuaikan serta dimuatkan pada mesin ini.
Cuba dibandingkan skuter dengan motosikal berkuasa ini jika dimuatkan dengan enjin yang sama. Perbezaannya hanyalah daripada segi rekabentuk sahaja. Apa yang menariknya adalah rekabentuk memainkan peranan yang amat besar walaupun sering dikaitkan dengan nilai estetik dan bentuk sahaja. Rekabentuk skuter lebih menampakkan sifat feminin berbanding rekabentuk motosikal ini yang lebih bersifat maskulin. Oleh itu tidak boleh dinafikan kepentingan rekabentuk yang bersifat estetik kerana ianya dapat menentukan persepsi manusia.

Sumber :Sabino Design
Lebih lanjut »

Helikopter konsep oleh Sabino Design




Helikopter konsep yang telah direkabentuk oleh Sabino Design.

Sumber :Sabino Design
Lebih lanjut »

Robot pencegah kebakaran





Robot yang menakjubkan ini direka oleh Jordan Guelde dari Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Sebenarnya robot ini tidak wujud, cuma wujud pada skala yang kecil tetapi tidak berfungsi. Apa yang menariknya adalah robot ini dikatakan dapat mencegah kebakaran dan digunakan oleh ahli bomba mungkin pada masa yang terlalu kedepan. Diharap pereka dan jurutera mencipta lebih banyak inovasi yang baik untuk kebaikan masyarakat tidak mengira kaum di masa akan datang.

Terima kasih kepada Jordan Guelde terhadap hasil kerja yang dihasilkan dan diletakkan ke blog ini.

Sumber :Jordan Guelde
Lebih lanjut »

Kenderaan konsep Sabino Design




Ini adalah hasil kerja seorang pereka bernama Sabino Lereentvelt yang berasal dari Rotterdam, Amsterdam. Beliau merekabentuk beberapa konsep helikopter dan konsep kereta. Jika ingin melihat dengan lebih lanjut, layarilah laman web beliau yang tertera di bawah.
Lebih lanjut »

Kereta konsep Hyrax Design






Ini adalah kereta konsep yang telah saya reka guna 3dmax7. Rekabentuk tidaklah begitu baru tapi bolehla nak cuba reka pakai poly. Ini kali pertama saya cuba buat model kereta akhirnya berjaya.Saya buat model ni agak lama lebih kurang sebulan sebab buat sikit-sikit.Akhirnya jadila sebuah kereta yang tidak seberapa. Lepas ni nak buat yang lain pula. Mungkin lebih susah daripada ni sebagai cabaran bagi saya. Banyak yang perlu saya belajar untuk buat model seperti ini. Saya rujuk daripada tutorial yang ada dekat internet dan teknik poly yang paling sesuai bagi saya.
Lebih lanjut »

Rekabentuk speaker untuk Altec Lansing






Ini adalah rekabentuk speaker yang direkabentuk oleh saya.Saya telah masuk pertandingan rekabentuk yang dianjurkan oleh Designboom.Tapi banyak saingan daripada serata dunia jadi tidak tahulah samada berjaya atau tidak. Mungkin kebarangkalian nak berjaya agak kecil tapi yang penting saya dah cuba. Kalau nak sertai bolehlah layari http://www.designboom.com/
Speaker ni direkabentuk mempunyai butang tutup buka dan di bahagian depan speaker tu dilengkapi dengan lampu panjang.Ada lagi pertandingan yang lain cuma pertandingan merekabentuk speaker ini hampir tamat.
Lebih lanjut »