Showing posts with label Robot futuristik. Show all posts
Showing posts with label Robot futuristik. Show all posts

Robot serangga

Lebih lanjut »

Nanobot yang halus




Rekaan nanobot yang dapat memasuki tubuh badan manusia sebagai tujuan perubatan. Direka oleh Daniel Kocyba
Lebih lanjut »

Robot-robot Transformer

AUTOBOT
Optimus Prime - 18 Wheeler

Bumblebee - Chevrolet Camaro


IronHide - GMC Topkick 6500



Ratchet - Hummer H2


Jazz - Pontiac Solstice

Sideswipe-Chevy-Corvette




Jetfire - SR71 Blackbird jet


Skid dan Mudflap - Chevrolet Beat dan Trax


Arcee - Motosikal




DECEPTICON

Fallen



Megatron

Starscream - Lockheed-Martin-F-22-Raptor


Frenzy


Blackout - Sikorsky MHS3 Pave Low III



Bonecrusher - Buffalo mine protected




JOLT - Chevy Volt


Devastator





Demolisher




Barricade - Saleen 5281 Mustang




Ravage





Scorponok




Sideways - Audi R8



Soundwave - Satelit



The Doctor


Wheelie - Trak mainan kawalan jauh


Walaupun filem transformer 2 telah lama disiarkan, namun kehangatan filem ini masih terasa sehingga kini. Penulis pun berasa teruja melihat robot-robot transformer ini dengan efek yang realistik. Filem ini telah menyasarkan golongan remaja yang semasa zaman kanak-kanak mereka telah melihat transformer versi kartun. Tidak hairanlah mereka amat berminat dengan filem ini kerana sebelum ini telah didedahkan dengan kartun transformer tersebut.
Lebih lanjut »

Transformer 2 - Robot Pemusnah Dunia







Transformer 2 akan datang di pawagam dengan pelbagai robot-robot yang berdasarkan kepada kenderaan ringan dan berat.Filem ini bakal menggegarkan panggung tahun 2009 dengan penuh aksi. Saksikan tayangan trailer untuk filem ini.
Lebih lanjut »

Robot pencegah kebakaran





Robot yang menakjubkan ini direka oleh Jordan Guelde dari Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Sebenarnya robot ini tidak wujud, cuma wujud pada skala yang kecil tetapi tidak berfungsi. Apa yang menariknya adalah robot ini dikatakan dapat mencegah kebakaran dan digunakan oleh ahli bomba mungkin pada masa yang terlalu kedepan. Diharap pereka dan jurutera mencipta lebih banyak inovasi yang baik untuk kebaikan masyarakat tidak mengira kaum di masa akan datang.

Terima kasih kepada Jordan Guelde terhadap hasil kerja yang dihasilkan dan diletakkan ke blog ini.

Sumber :Jordan Guelde
Lebih lanjut »

Robot pemanjat bangunan








Robot yang diberi nama C-Bot ini merupakan robot peninjau yang bersaiz kecil bertujuan untuk memeriksa rekahan atau permukaan bangunan-bangunan. Selalunya robot digunakan untuk tugas-tugas yang manusia tidak mampu lakukan atau lokasi tugas yang terlalu berbahaya. Apa yang menariknya adalah, robot ini mempunyai kaki yang melekat seakan-akan kaki seekor cicak. Kaki cicak mempunyai sejenis permukaan rambut yang halus sehingga dapat melekat pada permukaan yang licin. Selain itu robot ini juga dapat mengesan sesuatu rekahan menggunakan sinaran ultra sonik.
Sumber :Yanko Design
Lebih lanjut »

Robot futuristik Nissan Dualis


Jepun seringkali dikaitkan dengan kegilaan membuat sesuatu perkara atau obses yang keterlaluan pada sesuatu benda. Robot juga menjadi kegilaan di Jepun. Robot yang direkabentuk oleh Shoji Kawamori seorang pencipta anime dan pereka robot, bakal mengganggu kehidupan seharian penduduk Tokyo. Dengan ketinggian kira-kira 3 meter, robot ini mempunyai rekabentuk yang futuristik dan kemas. Robot ini sebenarnya digunakan untuk tujuan pemasaran bagi syarikat pengeluar kereta Nissan.

Sumber :PinK Tentacle
Lebih lanjut »

Robot futuristik penyelamat mangsa bencana


Model berskala menggunakan CNC, ABS dan Rapid Prototyping

Mengandungi 600 bahagian dan mengambil masa selama 2 bulan daripada lakaran sehingga kepada pembuatan model.







Model 3d menggunakan komputer

Robot penyelamat pada masa depan ini direkabentuk oleh Daniel Shankland, seorang pereka yang telah memenangi beberapa pertandingan. Menurut Daniel, robot ini dicipta bagi melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya terdapat bencana besar berlaku. Dengan itu, tugas menyelamat menjadi lebih mudah kerana robot ini dapat melakukan tugas yang berat dan sukar. Dengan saiz yang agak besar, robot ini mampu melaksanakan tugas menggantikan tugas pasukan penyelamat.

Terima kasih kepada Daniel Shankland kerana sudi berkongsi hasil kerja.
Lebih lanjut »