Showing posts with label Mengenai Dunia Reka. Show all posts
Showing posts with label Mengenai Dunia Reka. Show all posts

Mengenai Dunia Reka

Mengenai Dunia Reka

Selamat datang ke Dunia Reka. Dunia Reka adalah sebuah blog yang memaparkan sebarang rekabentuk produk, automotif, seni bina dan rekaan pada masa akan datang. Selain daripada rekabentuk, blog ini memaparkan perisian 3d rendering, 2d photoshop, tutorial dan sebagainya Kepada penggemar rekaan-rekaan baru, perekabentuk, dan pelajar-pelajar, anda dialu-alukan untuk bertandang ke blog ini. Terima Kasih.

Sebarang komen, cadangan atau pertanyaan boleh diajukan menerusi email kami. Selain daripada cadangan anda boleh juga menghantar sebarang tutorial atau apa sahaja mengenai rekabentuk kepada kami.
duniareka@gmail.com


Tujuan menulis blog

Tujuan kami menulis blog ini adalah kerana minat yang mendalam terhadap bidang rekabentuk dan senibina bukan disebabkan wang semata-mata. Kewujudan blog ini membolehkan sebarang pengetahuan yang tidak seberapa ini diketengahkan kepada umum agar pengetahuan dapat dikongsi bersama.

Saya berpendapat bahawa rujukan berkaitan dengan ilmu pengetahuan dalam bahasa melayu agak sukar untuk diperolehi di internet. Bagi saya setiap rakyat Malaysia khususnya orang melayu perlu menyumbangkan sedikit sebanyak pengetahuan yang mereka ada pada media cetak atau elektronik(internet). Dengan demikian kita mempunyai rujukan pengetahuan yang luas dalam bahasa melayu dan dapat menyumbang kepada perkembangan pengetahuan serta disebarkan kepada orang ramai.

Saya berpendapat setiap manusia perlu ada sedikit sumbangan untuk kebajikan dan diberikan kepada orang yang memerlukan. Kehidupan bukan semata-mata mencari kekayaan dan kesenangan sahaja tetapi lebih daripada itu. Kita masih berupaya menyebarkan ilmu pengetahuan yang kita ada jika kita tidak mampu memberikan sumbangan berbentuk material.
Banyak laman web berbahasa melayu lebih menjuruskan kepada mencari wang(bisnes website) tetapi sedikit sangat laman web yang berkaitan dengan pengetahuan yang membina.


Tukar Link

Anda dialu-alukan untuk bertukar link dengan blog ini. Jika anda ingin bertukar link, anda hanya perlu menghantar post pada ruangan ini beserta dengan link website anda.

Anda juga boleh menggunakan hasil kerja kami(itu pun jika anda berminat :)) untuk diletakkan pada blog tetapi dengan syarat anda meletakkan link blog ini pada blog anda.Terima kasih.
Lebih lanjut »