Showing posts with label Kapal Terbang. Show all posts
Showing posts with label Kapal Terbang. Show all posts
Kapal terbang masa hadapan



Konsep kapal terbang-Kreativiti tanpa had batasan

Jika anda berminat mengenai rekabentuk kapal terbang fiksyen sains. Capahkan lah kreativiti anda dengan melayari website yang tertera di bawah. Jangan biarkan otak anda membeku..
Sumber :concept ship
Kapal terbang senyap 2030



Ini adalah beberapa gambar rendering yang telah dibuat bagi menggambarkan kapal terbang yang akan digunakan pada masa akan datang. Kapal terbang ini dikatakan mengurangkan penggunaan minyak seperti dibandingkan dengan penggunaan minyak pada kereta Toyota Prius Hybrid dan mengeluarkan sedikit bunyi dan ianya senyap. Sebab itu kapal terbang ini dipanggil kapal terbang senyap. Kajian sedang dijalankan oleh pihak The Cambrige-MIT Institute sebelum dapat direalisasikan antara sekitar tahun 2030.
Sumber :Silent Aircraft
Kapal terbang peninjau Stalker pada masa hadapan

Ini adalah kapal terbang yang seakan-akan seperti ikan paus yang sedang berterbangan dengan gembiranya. Dengan bentuk yang organik, kapal terbang ini mungkin digunakan pada masa akan datang sebagai kapal meninjau atau untuk aktiviti pelancongan. Direkabentuk oleh Kevin Judlin, kapal terbang ini boleh diibaratkan sebagai belon udara pada zaman dahulu tetapi telah diubahsuai teknologinya menjadi lebih selamat. Apa yang pasti teknologi ini mungkin membawa kebaikan kepada manusia pada masa akan datang.
Sumber :Yanko Design


















