Showing posts with label Kitar Semula. Show all posts
Showing posts with label Kitar Semula. Show all posts

Pemotong rumput automatik


Pemotong rumput automatik ini bernama Muwi telah direkabentuk oleh Yuli Sung,Apa yang uniknya mesin pemotong rumput ini?. Yang uniknya adalah mesin ini dapat memampatkan rumput-rumput yang telah dipotong dan menghasilkan bentuk sfera dan silinder. Anda boleh membaca sendiri penerangan di atas. Rumput yang sepatutnya dibuang telah dijadikan alat permainan dan riadah dengan jayanya.

Sumber :Yanko Design
Lebih lanjut »

Kitar Semula bateri anda



Bateri lama yang tidak dipakai boleh dikitar semula dengan produk ini. Dengan hanya membuang bateri ke tempat yang sepatutnya iaitu sebuah bekas kitar semula yang dipasang dengan lampu. Produk ini direkabentuk supaya dapat mengitar semula bateri yang lama dengan menggunakan baki tenaga yang terdapat pada bateri ini untuk menyalakan lampu ini. Dengan yang demikian produk ini boleh digunakan sebagai lampu jalan.

Bagaimana baki kuasa ini boleh mampu menjanakan lampu jalan sebesar ini? Lampu berbentuk seperti cincin ini menggunakan LED. LED hanya menggunakan 2V untuk dinyalakan dan baki kuasa pada bateri lama mempunyai kira-kira 0.8V hingga 1.3V. Oleh itu dengan mudah bateri lama ini mampu menjanakan kuasa untuk lampu jalan ini.

Sumber :Yanko Design
Lebih lanjut »