Showing posts with label Automotif. Show all posts
Showing posts with label Automotif. Show all posts

Apabila bas sudah canggih




Ini dia bas canggih dengan pelbagai kelengkapan. Nampak bersih dan mungkin menggunakan kuasa elektrik.Apa-apa pun teknologi yang ada, seseorang pasti hendak menaiki bas ini mungkin disebabkan keselesaan dan kecekapannya.

Lebih lanjut »

Audi One





Daya kreativiti manusia memang tinggi. Ada-ada saja rekaan menarik dan konsep. Ini dia kereta konsep Audi One. Memang cantik dan menarik, sesiapa terpandang pasti teruja. Nampak baru dari segi idea.

Lebih lanjut »

Proton Satria Neo S2000



Proton Neo S2000 ini adalah kereta yang telah diubahsuai untuk perlumbaan IRC (Intercontinental Rally Challenge). Kelihatan orang berkulit putih ini agak bangga dengan kereta Proton Neo ini berbanding segelintir orang Malaysia sendiri yang tidak yakin dengan keupayaan Proton. Proton adalah antara 7 pengeluar kereta yang menyertai perlumbaan rally ini.

Proton Neo S2000
Lebih lanjut »

Chevrolet lancarkan Chevroletdesign.com






Chevrolet telah melancarkan website terbaru mengenai rekabentuk dan lakaran kereta yang terbaru. Untuk mendapatkan maklumat mengenai rekabentuk Chevrolet yang terbaru, layari www.chevroletdesign.com
Lebih lanjut »

Mazda 3 tahun 2010


Rekabentuk Mazda 3 mungkin akan dikeluarkan pada tahun 2010 nanti.
Lebih lanjut »

Kereta Konsep Rally Mitsubishi futuristik 2025



Ini adalah kereta konsep rally Mitsubishi yang mungkin digunakan pada tahun 2025. Apa yang menariknya adalah pada setiap tayar kereta ini dilengkapi dengan enjin yang akan menggerakkan kereta ini. Dengan menggunakan enjin berkuasa elektrik, kereta ini mampu digunakan untuk kereta lumba rally pada masa akan datang. Selain itu, kereta konsep ini tidak mempunyai cermin depan dan tingkap. Oleh itu pemandu hanya menggunakan skrin dalaman untuk melihat apa yang berlaku di luar kereta ini.
Lebih lanjut »

Kereta Konsep Volkswagen 2028

Volkswagen Ego adalah kereta yang ranggi dengan dua tempat duduk


Volkswagen Room bersaiz besar sesuai untuk aktiviti berkeluarga

Volkswagen One dengan satu tempat duduk sesuai digunakan untuk ke pejabat atau yang melibatkan aktiviti perseorangan.

Kereta-kereta konsep daripada Volkswagen ini bakal mengubah persepsi kita terhadap pengangkutan pada masa akan datang. Inovasi rekaan ini adalah penting bagi mengubah cara kita berfikir dan hidup. Dengan adanya inovasi daripada insan yang kreatif ini, dunia dapat bergerak dan berubah mengikut keperluan manusia. Seperti biasa kereta konsep ini semestinya menggunakan kuasa elektrik untuk menangani masalah pencemaran dan kos bahan bakar yang bakal meningkat.

Sumber :Auto Blog
Lebih lanjut »

Lori bionik masa hadapan




Rekabentuk yang baik adalah rekabentuk yang mengikut contoh daripada alam sekitar dan bentuk organik daripada haiwan atau tumbuhan. Allah menciptakan alam supaya kita melihat dan mempelajari daripadanya serta merekabentuk berdasarkan bentuk haiwan atau tumbuhan. Rekabentuk lori ini adalah rekabentuk bionik.

Oleh kerana badan lori ini bersegmen jadi lori ini boleh dipanjang dan dipendekkan mengikut keperluan. Rekabentuk bersegmen ini diambil daripada serangga seperti lipan.Lori ini direkabentuk oleh Haishan Deng merupakan inovasi terbaru bagi rekabentuk lori sedia ada.

Sumber :Yanko Design
Lebih lanjut »

Kereta futuristik untuk kegunaan di bandar





Bayangkan anda memandu kereta kecil dan kompak di dalam bandar masa depan. Kereta tersebut dilengkapi dengan teknologi moden dan canggih. Membawa anda menelusuri bandar metropolitan yang besar dan tersusun dengan lancar tanpa kesesakan lalu lintas.

Kereta yang anda bawa itu bukanlah kepunyaan anda tetapi dimiliki oleh sebuah syarikat pengangkutan awam. Kereta ini bagaikan sebuah troli di pasaraya besar. Untuk menggunakannya anda hanya perlu memasukkan sejumlah wang dan kereta ini serta merta menjadi milik anda untuk sementara waktu.

Setelah memandu dengan tenang dengan suasana bandar tanpa pencemaran ini, anda telah sampai ke destinasi yang dituju. Anda melihat sebuah stesen khas dan anda memberhentikan kereta di stesen tersebut dan membiarkan sahaja begitu.

Hasil kerja oleh Roberto Vackflores dari Santiago,Chile
Lebih lanjut »

Kereta terbang Audi Calamaro



Ini adalah kereta terbang konsep yang diberi nama Audi Calamaro. Konsep ini tidak seharusnya dipanggil sebagai kereta kerana bentuknya sama sekali tidak seperti kereta tetapi lebih kepada bentuk bot dan kapal terbang. Gabungan bentuk bot dan kapal terbang menghasilkan sebuah kereta konsep yang unik dan futuristik.

Tetapi jika diperhalusi lagi, rekabentuk ini hanya sekadar daripada segi luaran dan nilai estetika sahaja. Secara teknikalnya, rekabentuk ini tidak dapat menerangkan secara jelas bagaimana ianya berfungsi. Inovasi kereta terbang bakal mengubah kehidupan kita dan bagaimana kita bergerak pada masa akan datang tetapi apa yang kita ramalkan pada masa hadapan tidak selalunya betul.

Sumber :Next Concept Cars
Lebih lanjut »

Kereta praktikal masa hadapan





Kereta konsep yang diberi nama Drop ini adalah sebuah kereta konsep sesuai digunakan di bandar-bandar. Kereta yang direkabentuk oleh Rubem De Floriani dari Brazil adalah bersaiz kecil dan hanya memuatkan seorang sahaja.

Kelebihan yang terdapat pada kereta ini adalah ianya mudah untuk diletakkan dan menggunakan ruang yang sedikit. Idea yang praktikal ini dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar. Walau bagaimanapun kereta ini tidak membawa apa-apa makna sekiranya terlalu banyak kereta seperti ini di bandar dan mewujudkan kesesakan lalu lintas.

Sumber :Michelin Challenge 2009
Lebih lanjut »

Rekabentuk Kereta Lumba 2025





















Inilah akibatnya apabila perekabentuk merekabentuk sebuah kereta lumba menggunakan imaginasi tanpa sempadan dan peraturan.Hampir setiap rekabentuk adalah berbeza dan menjangkaui logik dan sains. Benarkah kereta lumba berbentuk sebegini pada tahun 2025. Mungkin rekabentuk ini sesuatu yang tidak akan wujud dan sekadar wujud pada imaginasi mereka. Mereka jika boleh mahu lari daripada dunia yang penuh dengan peraturan dan membiarkan kreativiti mengalir keluar sepenuhnya tanpa memikirkan samada logik atau tidak.


Rekabentuk kereta lumba ini adalah hasil daripada pertandingan rekabentuk LA Motorshow. Ciri-ciri lain yang mungkin ada pada kereta lumba ini adalah tidak perlu berhenti untuk mengisi semula minyak atau menukar tayar dan tidak perlu berhenti sehingga tamat perlumbaan.
Lebih lanjut »

Kereta lebih laju daripada peluru



Ini adalah kereta yang boleh bergerak 1000mph bersamaan 1609 km sejam. Kereta yang bernama Bloodhound SSC ini bergerak lebih kurang 1.4 Mach. Kereta ini menggunakan enjin jet dengan 12.8meter panjang bakal bergerak lebih laju daripada peluru yang keluar dari pistol. Bahan yang digunakan pada badan kereta ini adalah Titanium dan gentian karbon(carbon fiber).

Sumber :Popsci
Lebih lanjut »

Lakaran Proton MPV keluaran 2009



Ini adalah proton mpv yang telah saya lakar berdasarkan daripada gambar-gambar spyshot yang ada dekat internet ini. Walaupun begitu lakaran ini bukanlah bentuk yang sebenarnya. Bahagian lampu tu berdasarkan imaginasi saya sahaja. Tayar yang saya lakarkan itu mungkin terlalu besar untuk mpv. Proton mpv mungkin akan keluar pada awal pertengahan tahun 2009 berdasarkan sumber daripada proton.

Berdasarkan sumber daripada Paul tan, kemungkinan rekabentuk proton mpv ini lebih menyerupai Toyota Wish tetapi bahagian belakang tidak rendah tetapi lebih tinggi daripada Wish. Rekabentuk depan mungkin menyerupai lain-lain proton yang terbaru seperti neo atau saga. Proton mpv ini mungkin lebih praktikal dan sesuai untuk dijadikan kenderaan keluarga.

Proton mpv ini dijangka berharga lebih kurang dalam 60,000 ke atas berdasarkan sumber yang boleh dipercayai tetapi mungkin berbeza. Proton akan mengeluarkan kenderaan yang sesuai untuk rakyat malaysia dengan harga yang berpatutan supaya dapat bersaing dengan syarikat-syarikat automotif yang lain.
Tag : proton mpv 2009, proton mpv sketches, Lakaran proton mpv
Lebih lanjut »

Kereta konsep Hyrax Design






Ini adalah kereta konsep yang telah saya reka guna 3dmax7. Rekabentuk tidaklah begitu baru tapi bolehla nak cuba reka pakai poly. Ini kali pertama saya cuba buat model kereta akhirnya berjaya.Saya buat model ni agak lama lebih kurang sebulan sebab buat sikit-sikit.Akhirnya jadila sebuah kereta yang tidak seberapa. Lepas ni nak buat yang lain pula. Mungkin lebih susah daripada ni sebagai cabaran bagi saya. Banyak yang perlu saya belajar untuk buat model seperti ini. Saya rujuk daripada tutorial yang ada dekat internet dan teknik poly yang paling sesuai bagi saya.
Lebih lanjut »

Nissan NUVU-Kereta Konsep Elektrik


Kereta konsep daripada Nissan ini adalah kereta konsep yang menggunakan tenaga elektrik.Dengan menggunakan bateri ion Lithium, kereta ini dapat bergerak sehingga 75 mph atau 121 kmj dan bergerak sejauh 129 km. Dengan adanya kereta elektrik atau kereta solar, mungkin kereta berenjin petrol tidak lagi digunakan. Dengan minyak yang mahal, kereta elektrik atau solar menjadi pilihan. Tiada lagi pencemaran dan asap yang terhasil daripada enjin petrol yang telah menyumbangkan kepada peningkatan karbon monoksida di atmosfera bumi.
Lebih lanjut »