Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Proton 2020 oleh Imran Othman










Anda tentunya berminat melihat kereta konsep Proton 2020 yang telah direkabentuk oleh Imran Othman. Harimau adalah simbol Proton dan diterapkan di dalam rekabentuk kereta ini. Bagaikan harimau mengaum menggegarkan jalan raya, inilah rekaan yang ditunggu-tunggu peminat kereta sport bersaing bersama kereta sport yang lain. Banyak lagi hasil kerja beliau di halaman di bawah.

Lebih lanjut »

Visual pecahan komponen Proton Emas


















Gambar di atas menunjukkan bagaimana komponen-komponen Proton Emas digabungkan dan membentuk sebuah kereta yang sempurna. Jika anda meminati mesin atau mekanikal, anda akan tertarik melihat komponen-komponen tersebut. Anda boleh melihat video lengkap di laman web Italdesign.

Anda dapat bayangkan betapa sukarnya membuat sebuah kereta yang selamat dan selesa. Kereta mengandungi sejumlah besar komponen dan setiap komponen perlulah berfungsi dengan baik dan jika salah satu daripadanya rosak, kereta anda juga akan mengalami kerosakan. Cabaran terbesar untuk menghasilkan kereta adalah dari segi keselamatan. Bagaimana kereta yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi boleh dianggap selamat.

Cabaran tersebut adalah satu cabaran yang paling sukar dalam penghasilan kereta. Bahkan syarikat pengeluar kereta terbesar di dunia, Toyota gagal dalam menghasilkan kereta yang selamat sehingga menyebabkan kematian kepada penggunanya di Amerika Syarikat.

Lebih lanjut »

Proton Emas - Kebanggaan rakyat Malaysia


Inilah rekabentuk kereta dua tahun hadapan

Konsep lampu belakang - diharap lampu ini menjadi realiti


Lampu hadapan yang unik dan futuristik

Rim alloy yang futuristik

Cermin depan yang luas ke atas

Tempat letak kepala yang kemas dan menarik

Rekabentuk yang ringkas tetapi cantik

Ruang belakang juga agak selesa

Proton Emas yang memukau
















Proton Emas






Rekabentuk dalaman



Proton Emas Country



Proton Emas 3



Keluasan dalaman Proton Emas

Saiz Proton Emas dibandingkan dengan SUV

Ketinggian Proton Emas dibandingkan dengan kereta biasa dan SUV
Ketinggian Proton Emas berada di antara kereta dan SUV





Ini adalah gambar-gambar Proton Emas. Terdiri daripada 3 jenis iaitu Proton Emas, Proton Emas Country dan Proton Emas 3. Ketiga-tiga rekabentuk Proton Emas ini adalah berlainan dan menyasarkan kepada peringkat pengguna yang berlainan.

Difahamkan rekabentuk proton ini adalah rekabentuk kereta dua atau tiga tahun akan datang. Disebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang makin banyak dan ruang jalan yang semakin sempit, kereta kompak adalah pilihan terbaik pada masa depan. Kereta yang lebih kompak tetapi mempunyai ruang dalaman yang luas adalah antara kriteria kenderaan masa depan. Di samping itu, kenderaan masa depan perlu bersih dan tidak meninggalkan sedikit pun pencemaran.

Proton Emas ini bakal berada di pasaran menjelang 2012. Kereta konsep ini adalah kereta konsep pertama yang dikeluarkan Proton dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Ini kerana Proton adalah antara syarikat pengeluar kereta termuda di antara syarikat yang lain di dunia. Hyundai dan Kia sebenarnya disokong kuat oleh rakyat Korea dan sekarang dua syarikat berkenaan mampu bersaing di persada dunia. Proton sebenarnya lebih mampu daripada syarikat Korea tersebut kerana memiliki Lotus. Proton selepas ini pasti lebih bergerak maju dan jauh kehadapan dengan misi dapat bersaing dengan jenama antarabangsa atau menundukkan BMW atau Audi


Lebih lanjut »