Luigi Colani - Perekabentuk Industri yang terulung


Luigi Colani


Rekabentuk lori Colani yang aerodinamik


Motosikal rekaannya




Antara rekaan-rekaan yang meliputi pelbagai barangan dan kenderaan


Luigi Colani adalah seorang perekabentuk industri yang terkemuka dan terkenal. Seorang berbangsa Jerman dan dilahirkan di Berlin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam bidang rekabentuk dan menjadi ikon kepada perekabentuk industri generasi yang akan datang.

Setiap perekabentuk mempunyai identiti dan arah rekabentuk mereka yang tersendiri. Bagi Colani, rekabentuknya lebih kepada bentuk-bentuk organik dan bulat. Beliau juga telah mencipta terma bagi rekabentuk yang berbentuk organik ini sebagai biodinamik. Rekabentuk biodinamik menjadikan alam sekitar sebagai rujukan rekabentuk yang organik. Bagi Colani rekabentuk produk atau automotif perlu bersandarkan kepada alam sekitar seperti bumi, laluan orbit pergerakan planet, serta mikroorganisma.

0 komen: