¡Blog mengenai rekabentuk produk,automotif, senibina dan perisian 3D

| Daftar melalui RSS


advertisement

Monday, August 31

BMW Konsep Vision EfficientDynamics

| 0 comments |











Kereta konsep terbaru oleh BMW. Kereta ini dinamakan sebagai BMW Vision EfficientDynamics.
Kereta ini digerakkan menggunakan enjin turbo diesel dan 2 motor elektrik. Rekabentuk pula adalah aerodinamik dengan meniru rekabentuk formula satu.

Sumber : BMWGROUP

Sunday, August 2

Rekaan dan teknologi muslim

| 0 comments |

Universal Astrolabe (kurun ke 11)

Alat mudah alih yang digunakan oleh pengembara untuk membaca bintang


Alembic ( kurun ke 8)

Torpedo (kurun ke 13)
Misil yang dilengkapi dengan bahan api yang dapat menempak tepat musuh.

Semasa bangsa Eropah berperang dan bergaduh sesama sendiri serta berada dalam dunia kegelapan, orang Muslim telah pun jauh bergerak meninggalkan mereka. Muslim telah berjaya merekabentuk alat yang tidak difikirkan sebelum ini. Rekaan ini adalah terlalu canggih pada zaman itu antara kurun ke 8 iaitu semasa kebanyakkan manusia hidup secara tradisional.

Ramai orang tidak menyedari kewujudan rekaan-rekaan canggih yang telah dihasilkan oleh muslim, malah orang muslim pada zaman sekarang juga tidak menyedarinya. Sumber yang saya tulis ini pun didapati dari sumber orang bukan muslim. Mereka sendiri menyedari dan kagum dengan rekaan-rekaan ini. Ini hanya beberapa rekaan pada zaman Islam dan masih ada yang akan diletakkan di blog ini.

Pada masa ini, ada sesetengah orang Muslim sendiri menyangkal sains dan ada yang berpendapat ada sesetengah ciptaan yang dicipta adalah dari kafir dan tidak boleh digunakan. Pernah suatu ketika dahulu, masjid tidak boleh menggunakan elektrik kerana berpendapat elektrik itu buatan orang bukan islam. Ini hanyalah pemikiran yang kolot dan sepatutnya dibuang jauh-jauh. Ada juga yang masih mempercayai tahyul dan hantu. Ini hanya membuatkan mereka sendiri takut untuk membuat kajian di dalam hutan atau kajian terhadap binatang-binatang. Sebarang sesuatu kejadian mesti mempunyai penjelasannya dan bukan disebabkan kepercayaan karut semata-mata.

Malah budaya kita sekarang pun tidak menggalakkan budaya merekacipta dan sains. Tiada budaya membaca, merekacipta dan menggalakkan pemikiran saintifik. Hanya disogokkan dengan budaya hantu, syaitan, pocong dan apa-apa yang memundurkan pemikiran.

Kenderaan bergerak terbesar di dunia

| 0 comments |


Telescope mover

Mesin ini mempuny
ai 24 tayar dan beratnya adalah 90 tan. Digunakan untuk mengangkut teleskop seberat 230 tan.


LeTourneau

Traktor raksasa ini mempunyai berat 293 tan dan merupakan yang terbesar dari mana-mana traktor yang ada di muka bumi ini.


Boeing Dreamlifter cargo loader

Mesin ini digunakan untuk mengangkat kargo ke dalam kapal terbang Boeing. Mesin ini boleh mengangkat seberat 68 tan dan merupakan pengangkat kargo terbesar di dunia.




Labah-labah gergasi

Mesin labah-labah gergasi ini adalah seberat 37 tan dan setinggi 15 meter digunakan sebagai pertunjukan semata-mata.

Kren Liebherr

Kren ini boleh mengangkat sehingga 1000 tan dan digunakan untuk memasang sebarang struktur yang berat dan tinggi.


Jentolak gergasi

Jentolak ini setinggi 6 meter dan memang jentolak yang bersaiz mega. Anda boleh lihat saiz pokok dengan jentolak itu. Memang hampir menyamai rumah 2 tingkat.

Jetscooter konsep yang retro

| 0 comments |



Ini adalah jetscooter yang mungkin akan digunakan pada 2025. Direka berbentuk futuristik tetapi retro.

Burger yang realistik

| 0 comments |

McDonald's Versus: Making of... from BranitVFX on Vimeo.

Ini bukannya burger yang betul tetapi telah direka menggunakan komputer semata-mata.Kini gambar penghasilan menggunakan komputer semakin canggih dan realistik

Nanobot yang halus

| 0 comments |




Rekaan nanobot yang dapat memasuki tubuh badan manusia sebagai tujuan perubatan. Direka oleh Daniel Kocyba

Followers

Ruang sembang

Anugerah daripada Taqo

Anugerah daripada Taqo

Jurufoto

  • Drfit Di Bukit Jalil - Salam, actually nie gamba lame,time nie ambek kat bukit jalil time event permotoran.Time nie baru baru sangat pgg kamera soo rajin berjalan nak shot gamba ...
    3 days ago