Apakah Rekabentuk Perindustrian







Definisi Rekabentuk Perindustrian


Rekabentuk Perindustrian adalah bidang berkaitan dengan mereka dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. IDSA(Industrial Designers Society of America).

Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear , litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna menggunakannya.




Perekabentuk Industri

Karim Rashid

Philippe Starck


Perekabentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan seniman. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk digunakan. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Perekabentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia.

2 komen:

bedot at: 10:07 AM said...

kongsikan blog di Direktori Blog Bahasa Melayu

nurul aida at: 11:09 PM said...

tq 4 da in4.. sya bru dpt twaran ke poli dlm bdng ni..seram bla x tahu apa itu eabentuk industri... tq again