Pernahkah anda melihat payung yang direka agak unik seperti ini. Payung keluaran Senz Umbrella ini sangat praktikal dengan rekaannya yang dapat mengalirkan air hujan ke belakang. Walaupun air dialirkan ke belakang anda tidak akan basah malah lebih selesa digunakan berbanding payung biasa. Selain itu payung ini dapat menahan kelajuan angin sehingga 70 batu per jam.
Walaupun saiz payung ini agak besar, namun ia lebih ringan dan tahan lasak. Jika anda lihat dengan betul, payung ini lebih mudah dipegang dan ergonomik kerana permukaan payung yang lebih ke belakang dan pemegang payung berada di bahagian tangan Pemegang payung ini diperbuat daripada getah bagi mengelakkan daripada terlucut dan mengeratkan lagi genggaman semasa memegang payung.
Payung ini telah direka khas bagi memudahkan kita berjalan dalam hujan dengan angin yang kuat. Rekabentuk yang menarik dan praktikal menjadikan payung ini inovasi rekabentuk baru yang unik. Terdapat tiga saiz iaitu mini, original dan XL. Payung yang terdapat pada gambar adalah bersaiz XL.
Sumber :Yanko Design via Senz Umbrellas
0 komen:
Post a Comment