Honda Insight Hybrid keluaran 2009







Ini adalah model konsep hybrid keluaran Honda pertama. Model Honda Insight terbaru ini akan berada di pasaran pada awal tahun 2009 dengan bentuk yang hampir sama dengan konsepnya. Rekabentuk hadapan yang mengambil identiti daripada honda fuel cell FCX Clarity. Honda Insight ini lebih berbentuk aerodinamik dan lebih moden.

Konsep ini mempunyai 5 pintu dengan 5 tempat duduk untuk penumpang serta digerakkan dengan enjin CIVIC IMA Hybrid yang digandingkan dengan enjin petrol. Harga model ini apabila di pasaran kelak adalah dianggarkan bernilai 18 000 dollar Amerika dan menjadikan kereta hybrid yang lebih murah berbanding Toyota Prius. Kos komponen (integrated Motor Assis)IMA yang lebih murah telah menjadikan harga model ini lebih murah dan mampu dimiliki.

Sebelum ini Honda telah mengeluarkan model Honda Insight pada tahun 1999 dan menjadi simbol model mesra alam Honda. Honda Insight terbaru ini akan dibina bersama dengan Civic Hybrid di kilang Honda di Suzuka, Jepun.

Sumber :Car Scoop

0 komen: