Kereta terkecil di dunia


Pernah dengar teknologi nano.Inilah dia rekaan daripada teknologi nano. Jika tahu teknologi ini, anda boleh mereka apa sahaja hanya sekecil atom. Gambar di atas adalah sebuah kereta yang berukuran tidak lebih daripada 4 nanometer. Untuk perbandingan, tebal rambut kita bersamaan dengan 80,000 nanometer dan cuba bayangkan 4 nano.Betapa kecilnya kereta ini. Ciri-ciri kereta ini adalah mempunyai tayar,suspension dan chasis. Buat masa ini saintis ini perlu membuat kajian samada kereta ini mampu bergerak atau sekadar menggelungsur sahaja. Jika berjaya,saintis ini akan merekabentuk nanotruck yang digunakan untuk mengangkut atom-atom dan molekul.

Nanoteknologi ini sangat penting kerana dengan adanya rekaan nano ini, satu hari nanti ubat dapat dibawa terus ke sel dan dengan ini diharap dapat merawat kanser dan merawat penyakit yang lain.Selain itu saintis telah merekabentuk motor, robot, peti ais dan bermacam-macam lagi.
Dengan adanya motor,kereta nano sudah tentu dapat digerakkan dan sebelum merekabentuk benda nano, saintis perlu merekabentuk alat kecil supaya dapat memegang atom-atom.

Sumber :Live science

0 komen: