Gambaran visual bandar di Dubai


Bandar di pinggir laut, atau dikenali sebagai Dubai Waterfront adalah bandar pinggir laut buatan manusia yang terbesar di dunia.The Office for Metropolitan Architecture (OMA) telah menyiapkan visual rendering menggambarkan bandar tersebut. Bandar ini boleh menempatkan sehingga 1.5 juta orang dan menyediakan satu juta pekerjaan. Dengan berkeluasan 11,800,00 m2, bandar ini dibahagikan kepada empat daerah atau kawasan iaitu Boulevard, Madinat Al Soor, Resort dan Marina.
Nakheel iaitu pemaju kepada bandar ini telah memberikan garis panduan kepada OMA supaya merekabentuk bandar ini dengan kepadatan yang tinggi. Dengan kepadatan yang tinggi, kesemua blok-blok bangunan akan dibina berdekatan dan mengurangkan penggunaan kenderaan. Bangunan akan dibina tinggi pada bahagian tertentu untuk mengurangkan sinaran matahari serta melancarkan peredaran angin.


Sumber :yatzer OMA

0 komen: