Buku Cosmic Motor oleh Daniel Simon




Sebahagian daripada hasil kerja Daniel Simon

Kulit buku lembut Cosmic Motor


Daniel Simon adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar perekabentuk dan artis komputer. Beliau adalah seorang perekabentuk automotif untuk syarikat ternama iaitu Bugatti dan Lamborghini. Dengan berbekalkan kepada pengalaman bekerja sebagai perekabentuk di syarikat-syarikat ini, beliau telah menubuhkan Daniel Simon Studio dan seterusnya menerbitkan buku Cosmic Motor.
Cosmic Motor adalah sebuah buku yang mempunyai 176 mukasurat dan mengandungi 200 lakaran idea serta 130 ilustrasi. Buku ini harus dimiliki oleh perekabentuk automotif, pelajar rekabentuk serta peminat automotif. Dengan lakaran-lakaran idea, gambaran 3d model yang terperinci serta visual rendering seakan sebenar, buku ini adalah yang terbaik sebagai rujukan atau untuk dimiliki. Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai buku besar Borders di Kuala Lumpur.


Sumber :Daniel Simon Cosmic Motors

0 komen: