Kereta yang berkualiti

Audi tidak asing lagi adalah jenama kereta yang terkenal dengan kualiti, teknologi dan rekabentuk yang menarik. Disebabkan teknologi yang canggih ini mungkin harga kereta ini tidak murah. Sebagai contoh, Audi A4 ini berharga dalam usd 31000 atau RM 108 000 (tidak termasuk cukai di Malaysia)

Kualiti sesebuah kereta bergantung kepada setiap komponen pada kereta. Setiap komponen tersebut perlulah berkualiti dari segi daya tahan dan juga jenis bahan. Setiap pengeluar komponen kereta yang terdiri daripada pelbagai syarikat atau vendor perlu memastikan barangan keluaran mereka sangat kualiti.

Sebagai contoh, syarikat X adalah sebuah syarikat kereta. Syarikat ini hanya akan mengambil komponen-komponen yang telah ditetapkan tahap kualiti. Jadi vendor-vendor perlu bersaing dan memastikan produk mereka mencapai tahap kualiti. Jika tidak, produk mereka tidak akan diambil untuk dipasang di kereta jenama X. Dari sekecil komponen sehingga sebesar komponen, setiapnya adalah berkualiti tinggi. Dari segi pekerja pula, syarikat ini mempunyai pekerja yang disiplin, jujur dan mementingkan tanggungjawab mereka. Istilah "okla ni atau "bolela tu" tiada dalam kamus mereka. Setiap kerja yang dilakukan perlu betul dan tepat sahaja.

Dalam tempoh yang tertentu, syarikat tersebut mengeluarkan kereta dengan nama Z. Z adalah sebuah kereta keluarga sedan sama seperti Audi A4. Kereta Z mula dijual di Asia dan seterusnya bergerak ke Arab dan Eropah. Disebabkan kualiti yang tinggi, kereta ini mula diterima dengan jayanya. Harga Z boleh dijual dengan harga yang rendah mampu dimiliki.

Dengan keuntungan hasil jualan Z, syarikat X menghasilkan lagi sebuah model kereta dan dijual hampir seluruh dunia dan seterusnya beberapa model lagi dihasilkan dengan kualiti yang tinggi.
Jenama X mula mendapat tempat di hati pengguna. Jenama X mula dikenali sebagai pengeluar kereta yang berkualiti.

Syarikat X mula menubuhkan Design Centre di Amerika, Eropah dan Asia. Design Centre bertujuan mendapatkan rekabentuk yang menarik dan kreatif bagi menghasilkan model kereta jenama X yang seterusnya.



1 komen:

Unknown at: 5:44 PM said...

Most beautiful word -ALLAH
Most beautiful song -AZAN
World's perfect encyclopedia-AL QURAN
Best exercice-PRAYING
BEST DIET-FASTING
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN 2010 PADA ADMIN..