Rekaan dan teknologi muslim

Universal Astrolabe (kurun ke 11)

Alat mudah alih yang digunakan oleh pengembara untuk membaca bintang


Alembic ( kurun ke 8)

Torpedo (kurun ke 13)
Misil yang dilengkapi dengan bahan api yang dapat menempak tepat musuh.

Semasa bangsa Eropah berperang dan bergaduh sesama sendiri serta berada dalam dunia kegelapan, orang Muslim telah pun jauh bergerak meninggalkan mereka. Muslim telah berjaya merekabentuk alat yang tidak difikirkan sebelum ini. Rekaan ini adalah terlalu canggih pada zaman itu antara kurun ke 8 iaitu semasa kebanyakkan manusia hidup secara tradisional.

Ramai orang tidak menyedari kewujudan rekaan-rekaan canggih yang telah dihasilkan oleh muslim, malah orang muslim pada zaman sekarang juga tidak menyedarinya. Sumber yang saya tulis ini pun didapati dari sumber orang bukan muslim. Mereka sendiri menyedari dan kagum dengan rekaan-rekaan ini. Ini hanya beberapa rekaan pada zaman Islam dan masih ada yang akan diletakkan di blog ini.

Pada masa ini, ada sesetengah orang Muslim sendiri menyangkal sains dan ada yang berpendapat ada sesetengah ciptaan yang dicipta adalah dari kafir dan tidak boleh digunakan. Pernah suatu ketika dahulu, masjid tidak boleh menggunakan elektrik kerana berpendapat elektrik itu buatan orang bukan islam. Ini hanyalah pemikiran yang kolot dan sepatutnya dibuang jauh-jauh. Ada juga yang masih mempercayai tahyul dan hantu. Ini hanya membuatkan mereka sendiri takut untuk membuat kajian di dalam hutan atau kajian terhadap binatang-binatang. Sebarang sesuatu kejadian mesti mempunyai penjelasannya dan bukan disebabkan kepercayaan karut semata-mata.

Malah budaya kita sekarang pun tidak menggalakkan budaya merekacipta dan sains. Tiada budaya membaca, merekacipta dan menggalakkan pemikiran saintifik. Hanya disogokkan dengan budaya hantu, syaitan, pocong dan apa-apa yang memundurkan pemikiran.

1 komen:

Eric at: 2:10 PM said...
This comment has been removed by the author.