Rekabentuk Masjid moden
Masjid adalah tempat ibadah untuk muslim. Masjid pada asalnya adalah sangat ringkas, cukup terdapat ruang dan bumbung untuk teduhan. Setelah itu, masjid telah direkabentuk sangat cantik dengan tulisan-tulisan khat dan bentuk-bentuk motif pada ruang masjid.
Kita mungkin tertanya-tanya kenapa masjid yang kita nampak mempunyai kubah dan menara. Sehinggakan jika bangunan mempunyai kubah, kita katakan bangunan itu masjid atau bangunan itu berbentuk islamik. Pada zaman dahulu, manusia belum lagi mencipta pembesar suara.Oleh itu kubah memainkan peranan sebagai struktur yang membentuk ruang bagi menghasilkan getaran bunyi yang tinggi. Dengan kata lain kubah sebenarnya adalah alat pembesar suara. Tujuan adalah sama, untuk pembacaan khutbah, ceramah dan semasa solat jemaah.
Tujuan menara juga adalah hampir sama dengan kubah, untuk menjelaskan lagi suara imam melaungkan azan, cuma bezanya untuk menguatkan suara pada bahagian luar.
Pada masa kini, sebenarnya masjid tidak lagi perlu kubah atau menara yang tinggi kerana kita mempunyai alat pembesar suara. Tetapi disebabkan kubah itu menjadi bentuk yang melambangkan masjid, jadi kubah dan menara telah dikekalkan pada masjid-masjid sekarang.
Namun masjid tidak semestinya direka mempunyai kubah, bahkan boleh direkabentuk lebih moden , futuristik dan bukan terperangkap dengan bentuk tradisional sahaja. Ini berpadanan dengan ajaran islam yang sesuai sepanjang zaman tidak kira dahulu, sekarang atau masa hadapan.
Kubah - Berfungsi sebagai menguatkan gegaran bunyi pada ruang utama dalam masjid. Digunakan untuk menguatkan suara imam ketika sembahyang jemaah ataupun pada masa khutbah serta ceramah.
Menara - Berfungsi bagi meninggikan dan menguatkan suara bilal. Pada masa dahulu, azan akan dilaungkan di atas menara. Walaupun begitu, pada zaman kini, menara masih diperlukan kerana masih berfungsi menguatkan azan.
Bulan sabit di atas kubah atau menara - Simbol bulan sabit pada masjid berasal pada zaman empayar Uthmaniyyah. Pada masa itu, kerajaan Uthmaniyyah ingin menakluki kota Constantinople (sekarang Istanbul, Turki) di bawah jajahan kerajaan Rom. Setelah beberapa kali cubaan menakluki kubu kuat kota Constantinople gagal, disebabkan semangat tinggi, usaha yang gigih tanpa putus asa, akhirnya Constantinople berjaya ditakluk. Pada saat kejayaan Uthmaniyyah itu, kebetulan terdapat bulan sabit di langit. Oleh itu bulan sabit diambil sebagai simbol islam dan digunakan pada masjid dan bendera-bendera negara Islam seluruh dunia.
2 komen:
menarik sgt..:)
ape yang menariknye eliza?
Post a Comment