Konsep Audi Akimono LS2.0 - Rekabentuk yang unik






Konsep rekaan berjenama Audi ini direkabentuk oleh Teodor Kyuchukov yang mengambil subjek daripada kimono atau pakaian tradisional masyarakat Jepun. Dengan rekabentuk yang unik ini juga didatangkan dengan teknologi yang canggih. Kecanggihan kereta ini dari segi konsep nya adalah kereta ini akan bercahaya keseluruhannya pada waktu malam. Oleh itu secara tidak langsung keselamatan pada waktu malam dapat ditingkatkan ketika memandu. Malah kecantikan sesebuah kereta akan terserlah pada waktu malam. Walau betapa cantik pun kereta, jika pada waktu malam, hanya lampu depan dan belakang sahaja yang kelihatan. Jika semua kereta dilengkapi dengan teknologi pencahayaan ini, keseluruhan lebuhraya atau jalan raya akan terang benderang.

Dorteo

0 komen: