Dunia semakin canggih dan maju. Tidak lama lagi anda dapat melihat sut berteknologi tinggi di pasaran dunia. Sut seperti dalam cerita fiksyen sains ini dipanggil Cyberdyne Exoskeleton ini merupakan sebuah sut yang membantu seseorang yang lumpuh untuk bangun dan berjalan. Selain itu tujuan sut ini adalah untuk membantu meringankan beban semasa melakukan kerja-kerja berat.
Aktiviti harian kita bergantung kepada otak termasuklah pergerakan otot-otot pada anggota badan. Sebelum membuat pergerakan, otak kita memberi signal atau isyarat untuk menggerakkan badan. Oleh itu sut ini mengesan signal-signal dari otak dan memindahkan signal kepada bentuk kod-kod arahan supaya sut tersebut dapat bertindak. Terima kasih kepada saintis dan jurutera Jepun yang memainkan peranan yang besar untuk kebaikan masyarakat terutamanya kepada orang yang lumpuh dan warga tua.
Sumber :Future Nerd
0 komen:
Post a Comment