Baru-baru ini ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Noordin mencadangkan agar sebuah masjid Cina dibina di Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin. Ini perkara yang baru di Malaysia,tetapi di Indonesia, masjid cina telah banyak bertapak di sana.
Jika cadangan ini diterima dengan baik, Kuala Lumpur bakal mempunyai masjid cina yang mempunyai rekabentuk senibina cina. Mungkin senibina masjid ini seakan-akan masjid yang terdapat di negara China dengan berbentuk pagoda dengan ukiran yang tersendiri.
Pembinaan masjid cina di Kuala Lumpur dapat membuktikan bahawa agama Islam adalah universal, milik semua kaum, bukan hanya milik orang melayu sahaja dan sepatutnya cadangan ini diterima dengan mudah oleh semua pihak.
Sumber :Utusan Malaysia
Thanks to :Tea Orange Pamela
0 komen:
Post a Comment