Selamat datang ke Dunia Reka. Dunia Reka adalah sebuah blog yang memaparkan sebarang rekabentuk produk, automotif, seni bina dan rekaan pada masa akan datang. Selain daripada rekabentuk, blog ini memaparkan perisian 3d rendering, 2d photoshop, tutorial dan sebagainya Kepada penggemar rekaan-rekaan baru, perekabentuk, dan pelajar-pelajar, anda dialu-alukan untuk bertandang ke blog ini. Terima Kasih.
Sebarang komen, cadangan atau pertanyaan boleh diajukan menerusi email kami. Selain daripada cadangan anda boleh juga menghantar sebarang tutorial atau apa sahaja mengenai rekabentuk kepada kami.
duniareka@gmail.com
Tujuan menulis blog
Tujuan kami menulis blog ini adalah kerana minat yang mendalam terhadap bidang rekabentuk dan senibina bukan disebabkan wang semata-mata. Kewujudan blog ini membolehkan sebarang pengetahuan yang tidak seberapa ini diketengahkan kepada umum agar pengetahuan dapat dikongsi bersama.
Saya berpendapat bahawa rujukan berkaitan dengan ilmu pengetahuan dalam bahasa melayu agak sukar untuk diperolehi di internet. Bagi saya setiap rakyat Malaysia khususnya orang melayu perlu menyumbangkan sedikit sebanyak pengetahuan yang mereka ada pada media cetak atau elektronik(internet). Dengan demikian kita mempunyai rujukan pengetahuan yang luas dalam bahasa melayu dan dapat menyumbang kepada perkembangan pengetahuan serta disebarkan kepada orang ramai.
Saya berpendapat setiap manusia perlu ada sedikit sumbangan untuk kebajikan dan diberikan kepada orang yang memerlukan. Kehidupan bukan semata-mata mencari kekayaan dan kesenangan sahaja tetapi lebih daripada itu. Kita masih berupaya menyebarkan ilmu pengetahuan yang kita ada jika kita tidak mampu memberikan sumbangan berbentuk material.
Banyak laman web berbahasa melayu lebih menjuruskan kepada mencari wang(bisnes website) tetapi sedikit sangat laman web yang berkaitan dengan pengetahuan yang membina.
Tukar Link
Anda dialu-alukan untuk bertukar link dengan blog ini. Jika anda ingin bertukar link, anda hanya perlu menghantar post pada ruangan ini beserta dengan link website anda.
Anda juga boleh menggunakan hasil kerja kami(itu pun jika anda berminat :)) untuk diletakkan pada blog tetapi dengan syarat anda meletakkan link blog ini pada blog anda.Terima kasih.
16 komen:
hai..kenkawan..lau amik bidang rekabentuk nie..ape keje kat malaysia yang ada?
contoh rekabnetuk industri diploma dari politeknik. mcm xde job je.
byk keje kat malaysia yang relate dengan industrial design..company kecil lagi byk..kene pandai carila..
company furniture,exhibition pun byk...tk kisah la..janji ade la relate dengan course yang kita blaja..tu sudah memadai..yang penting kita sendiri kene create job sendiri kan..
assalalamualaikum saudara. saya nak bertukar link dengan saudara. blog saya azari2.blogspot.com. saya dah masukkan link blog saudara dalam blog saya. terima kasih
waalaikumussalam..terima kasih mr. azari..saya pun dah link ke blog kamu.
jom bertukar link..gambar-gambar dalam blog nie menarik.
http://farhanfirdaus.blogspot.com
bagus site saudara/saudari ini, jika berkesempatan, sila lawat blog saya juga di http://elidefiremalaysia.blogspot.com/
blog saya ini mempamerkan produk terbaru ynag boleh merevolusikan pencegahan api. terima kasih
Saya bersependapat dengan anda. Ilmu perlu di kongsi.
Untuk yang minat rekacipta dan robotik sila lawat
http://arduinostudio.wordpress.com/
kepada kawan2..nanti sy akan link kan blog anda...tp dengan syarat kene link kan jgk blog ni di blog anda yer..thanks
nice blog:0
salam dari abgreds. blog yang informatif. izinkan abgreds add link anda.
on je, tq..aku ada newspaper artikel bab kota terapung -amfibia-nanti ada masa aku upload kan.
salam,ini akan jadi portal grafik ni,bagussh.Silakan ke blog saya ada
tutorial,gallery,download.
thanks semua sbb datang melawat..dh lame tk update..tk tau jadi ape skrg ni :)
saya pon nak share jugak..IT Knowledge
http://configinstallsetup.wordpress.com
Post a Comment